Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
6 Kesilapan Yang Sering Pengguna PS5 Lakukan

Jualan PlayStation 5 Kini Melepasi 50 Juta Unit

Diterbitkan Disember 21, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah tiga tahun dalam pasaran, Sony Interactive Entertainment kini mengumumkan jualan konsol permainan PlayStation 5 (PS5) telah melepasi 50 juta unit sejak dilancarkan pada November 2020.

Berkaitan

  • Konsol PlayStation 5 Cecah Jualan Sebanyak 40 Juta Unit
  • PS5 Baharu Dengan 1TB Storan Akan Dijual Pada Harga Bermula RM2,069
  • PS4 Dan PS5 Dah Tak Boleh Kongsi Video Di X Bermula Minggu Depan

Jumlah itu menunjukkan peningkatan jualan sekitar 10 juta unit selepas Sony pada Julai mengumumkan ia telah menjual lebih daripada 40 juta unit.

Jualan 50 juta unit PS5 hanya satu minggu lebih perlahan daripada PS4, tetapi ia merupakan satu pencapaian memandangkan terdapat kekangan seperti bekalan yang tidak mencukupi dan sebagainya.

Seperti dilaporkan Financial Times, data daripada Ampere Analysis mendedahkan jualan PlayStation meningkat sebanyak 65% kepada 22.5 juta unit tahun ini, mengatasi jualan Nintendo Switch dan Xbox, yang masing-masing merosot sebanyak 18% dan 15%.

Ia menunjukkan Sony berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamat mengeluarkan 25 juta konsol menjelang Mac 2024.

  • Beli produk Sony di Shopee: https://invl.io/clkh5d2
  • Beli produk Sony di Lazada: https://invol.co/clkh5cw

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY