Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ura-ura iPhone 2020 – Takuk Lebih Kecil Dan Skrin Lebih Besar Dari 6.5 Inci

Ura-ura iPhone 2020 – Takuk Lebih Kecil Dan Skrin Lebih Besar Dari 6.5 Inci

Diterbitkan April 14, 2020 oleh Helmi Samsuri

Peminat iPhone pastinya ternanti-nanti apakah perubahan yang bakal dibawa pada generasi terbaharu model tersebut. Jika sebelum ini terdapat khabar angin ia dilengkapkan dengan fungsi pengimbas LiDAR sepertimana iPad Pro 2020.

Kini giliran rekaan pula diperbualkan dimana iPhone 2020 mungkin tampil dengan sisi logam serta skrin yang rata untuk versi Pro. Ini sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada model iPhone 4 dan iPhone 5 suatu ketika dahulu. Bucu melengkungnya pula dikatakan akan menyamai iPad Pro 2018.

Model-model baru ini dinyatakan akan mempunyai takuk pada skrin yang lebih kecil berbanding penawaran sebelumnya. Menurut Bloomberg, iPhone akan mengumumkan 4 buah model iPhone pada tahun ini dimana dua sebagai pengganti kepada iPhone 11 Pro dan Pro Max. Sementara itu, baki dua model disebut akan menggantikan iPhone 11.

Selain mempunyai sisi rata, versi tertinggi iPhone juga akan menawarkan skrin paparan lebih besar daripada 6.5 inci yang terdapat pada iPhone 11 Pro Max. Paparan itu mungkin berukuran 6.7 inci seperti yang dilaporkan awal tahun ini. Dikatakan juga rekaan-rekaan ini akan dimuktamadkan sekitar Mei depan. Keempat-empat model dipercayai akan menyokong rangkaian 5G.

Melihatkan kepada keadaan dunia yang sedang menghadapi penularan Covid-19, pelancarannya iPhone terbaharu ini mungkin mengalami kelewatan.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY