iPhone 12 Pro Mungkin Dilengkapi Dengan Pengimbas LiDAR Sepertimana iPad Pro 2020

Penambahbaikan kamera pada siri iPhone 12 sebelum ini pernah dikhabarkan sebelum ini. Saiz fizikal sensor akan lebih besar dan juga penambahan dari segi teknologi memfokuskan AR. Jadi untuk teknologi AR tersebut, Apple kelihatannya akan menyertakan pengimbas LiDAR sebagai sebahagian dari modul kamera peranti iPhone 12 Pro.

Melalui imej yang dimuat naik oleh @choco_bit, ia memaparkan imej sebuah iPhone. Namun kali ini terdapat 4 unit 'lensa' menunjukkan salah satunya bukan seperti lensa kamera biasa yang normal. Untuk lensa keempat tersebut, dikatakan ia merupakan sebuah pengimbas LiDAR dan akan hadir dalam model Pro iaitu iPhone 12 Pro atau iPhone 12 Pro Max.

https://twitter.com/choco_bit/status/1246876317557182465?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1246876317557182465&ref_url=https%3A%2F%2Fappleinsider.com%2Farticles%2F20%2F04%2F05%2Fiphone-12-pro-may-add-lidar-sensor-to-triple-rear-camera-bump

Sebelum ini, iPad Pro 2020 telah terlebih dahulu dilengkapi dengan pengimbas ini untuk tujuan AR dan juga pengesanan jarak. Dengan penambahan satu lagi lensa, kamera juga disusun secara teratur dan bukannya seperti iPhone 11 Pro tahun lepas yang mempunyai 3 lensa.

https://twitter.com/iPhonedo/status/1243071065946910721?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1243071065946910721&ref_url=https%3A%2F%2Fios.gadgethacks.com%2Fnews%2Flidar-vs-3d-tof-sensors-apple-is-making-ar-better-for-smartphones-0280778%2F

Siri iPhone 12 mengikut jadualnya akan dilancarkan pada sekitar bulan September dan Oktober ini. Namun disebabkan wabak Covid-19 yang masih meningkat kesnya lebih-lebih lagi di negara mereka (AS), kemungkinan besar tarikh pelancarannya akan dilanjutkan lebih lama lagi.

Sumber: choco_bit

Berkaitan