Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro Biru Dark Blue

iPhone 15 Pro Mungkin Hadir Dengan Pilihan Warna Biru

Diterbitkan Julai 10, 2023 · Dikemas kini Julai 10, 2023 oleh Amalina Athman

Menjelang pelancaran sekitar dua bulan lagi, iPhone 15 Pro kini dilaporkan mungkin hadir dengan pilihan warna biru.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Warna Merah Gelap
  • Ini Mungkin Rupa iPhone 15, Bezel Lebih Nipis Dengan Warna Baru
  • Ura-Ura: Lebih Besar, Mungkin Ini Kapasiti Bateri Siri iPhone 15
  • iPhone 15 Pro Max Dijangka Akan Lebih Mahal

Maklumat terbaharu ini hadir daripada peniris Unknownz21, iaitu sumber yang sama telah memberikan pelbagai butiran mengenai iPhone akan datang serta maklumat yang tepat mengenai Vision Pro.

iPhone 15 Pro Biru Dark Blue_3
iPhone 15 Pro Biru Dark Blue_1

Dijangka tersedia dengan kerangka titanium, warnanya seakan Pacific Blue yang digunakan pada iPhone 12 Pro. Namun, ia kelihatan lebih gelap dan lebih kelabu, bagi menampakkannya lebih sesuai dengan kemasan titanium.

Warna biru ini dijangka hadir bersama warna Silver, Space Black dan Titanium Gray. Pelbagai spekulasi sebelum ini mengatakan iPhone 15 Pro juga bakal hadir dengan warna merah gelap, namun Unknownz21 tidak melihat tanda bahawa warna itu dalam pembangunan.

Beautiful in blue 👌 pic.twitter.com/ll5fDZRwEN

— Unknownz21 🌈 (@URedditor) July 7, 2023

Untuk warna biru, ia didakwa telah digunakan pada prototaip ‌iPhone 15 Pro‌, menunjukkan kemungkinan warna yang akan ditawarkan kelak.

Akan tetapi, tidak mustahil jika Apple hanya menggunakan warna biru sebagai ujian dan akan beralih kepada warna yang berbeza semasa pelancaran iPhone 15 Pro, yang dijangka berlangsung sekitar September nanti.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
©2026 WISER.MY