Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 600S Now Available in Malaysia KV

HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299

Diterbitkan Oktober 13, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh Amsyar Latif

HONOR Malaysia mengumumkan HONOR 600S 5G kini tersedia di seluruh negara pada harga RM1,299, menawarkan bateri berkapasiti 8,100mAh, ketahanan jatuh sehingga 2.5 meter serta penarafan kalis air IP69K.

Telefon pintar terbaharu dalam HONOR Number Series ini dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 4, dengan RAM fizikal 4GB yang boleh diperluaskan secara maya sehingga 12GB menerusi HONOR Turbo RAM. Ia turut menyediakan storan dalaman 256GB.

Antara tarikan utamanya ialah bateri 8,100mAh yang menurut HONOR mampu memberikan penggunaan selama beberapa hari dengan sekali pengecasan. Syarikat itu turut mendakwa baterinya direka untuk bertahan sehingga enam tahun, selain menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 45W.

Dari aspek ketahanan, HONOR 600S 5G menggunakan Cushioning and Fall Protection Architecture yang membolehkannya bertahan daripada jatuhan sehingga 2.5 meter. Ia turut menerima pensijilan SGS 5-Star All-round Drop Resistance.

Telefon ini juga dilengkapi penarafan IP68, IP69 dan IP69K, dengan ketahanan terhadap semburan air bertekanan dan bersuhu tinggi. Ciri Wet-hand Touch pula membolehkan skrin digunakan ketika tangan atau permukaannya basah.

Ciri lain termasuk pembesar suara stereo dengan peningkatan kelantangan sehingga 400% serta sokongan NFC.

HONOR 600S 5G ditawarkan dalam dua warna, iaitu Desert Gold dan Velvet Black. Pembeli turut menikmati rebat segera RM100 bersama waranti lanjutan selama setahun, dengan jumlah nilai manfaat RM199.

Selain pembelian terus, HONOR 600S 5G boleh didapati tanpa bayaran peranti melalui pelan terpilih CelcomDigi Pakej MegaJimat dan U Mobile Ultra Global 98. Maxis pula menawarkannya pada harga RM59 melalui Postpaid 109, manakala Yes menawarkan bayaran RM67 sebulan menerusi Infiniti+ Basic.

Telefon ini tersedia di HONOR Experience Store, pengedar rasmi, platform dalam talian serta telco terpilih.

Berkaitan

  • HONOR X9e Pro Dengan RAM 24GB Dan Bateri 11,000mAh Dilancar Pada Harga RM1,899
  • HONOR Magic9 Pro Max Diuji Di Sepang, Tampil Sistem Kamera Dwi 200MP ARRI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY