Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lelaki Ini Pemegang Rekod Koleksi Komik Terbesar Di Dunia

Lelaki Ini Pemegang Rekod Koleksi Komik Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Ogos 17, 2023 · Dikemas kini Ogos 17, 2023 oleh ariff bukhari

Bermula apabila abangnya memberinya kupon untuk 10 buku komik yang diterima beliau ketika baru berusia 8 tahun pada musim panas 1970, Bob Bretall dari AS kini adalah pemegang Rekod Dunia Guinness miliki koleksi komik terbesar di dunia.

Selepas pergi ke kedai buku komik tempatan dan mengambil salinan Amazing Spider-Man #88, Bob terus “jatuh cinta” dengan watak itu dan memulakan minat sepanjang hayatnya untuk membaca dan mengumpul komik.

Sebelum ini pada tahun 2013 dahulu, beliau telah pun dianugerahkan rekod untuk koleksi buku komik terbesar di dunia yang berjumlah 89,613, ketika itu.

Kini 10 tahun kemudian, Bob, kini berusia 61 tahun mempunyai lebih daripada 138,000 komik.

Bob menyimpan sebahagian besar koleksi komiknya di dalam garajnya yang mengandungi hampir 500 kotak panjang, segi empat tepat dengan setiap satunya penuh dengan ratusan komik.

Sementara komiknya yang lebih berharga disimpan di dalam rumah yang dipanggil sebagai “bilik buku komik”.

Antara komik yang berharga dimiliki beliau adalah salinan Amazing Fantasy #15 – penampilan pertama Spider-Man yang ditandatangani oleh Stan Lee.

Komik itu dianggarkan bernilai puluhan ribu dolar yang digred serta disahkan ketulenan dan keadaannya. Komik berharga itu dibingkai dalam dengan kaca pelindung UV.

Bob menganggarkan bahawa dia membaca sekitar 100 buku komik baharu setiap bulan, di mana 25-30 daripadanya adalah “buku adiwira”.

Bagi Bob, mengumpul komik adalah sebagai “hobi yang menyeronokkan” dan tidak mengambil berat dengan mengumpul barangan yang jarang ditemui dan bernilai tinggi.

“Saya mahukan buku yang boleh saya baca kerana saya suka membaca cerita dan saya suka wataknya,” Bob Bretall.

Berkaitan

  • Dari 1996 Hingga Sekarang: Ini Sejarah Touch 'n Go Yang Anda Mungkin Tak Tahu
  • Liga Esukan Malaysia Kembali, Pendaftaran Kini Dibuka
  • OnePlus Perkenal Ace 2 Pro - Dilengkapi RAM 24GB, Storan Sehingga 1TB

Sumber: Guinness World Record

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY