Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro Max_a

Ujian Dedahkan Kelajuan Pengecasan Sebenar Untuk iPhone 16 Pro Max

Diterbitkan Oktober 1, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 1, 2024 oleh Amalina Athman

Barisan iPhone 16 dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan yang berkaitan bateri dan kecekapan haba. Antaranya termasuk sokongan pengecasan berwayar yang lebih pantas.

Sebelum ini, laporan menyatakan siri iPhone 16 menyokong pengecasan maksimum 45W dan perkara itu disahkan sendiri oleh Apple Support.

Dalam perkembangan terbaru, ujian yang dijalankan oleh ChargerLAB menunjukkan bahawa peranti itu sebenarnya tidaklah mengecas sepantas itu. Bagaimanapun, masih terdapat penambahbaikan.

ChargerLAB pada minggu lalu telah menguji iPhone 16 Pro Max dengan pelbagai pengecas Apple dan pihak ketiga, serta mendapati peranti itu mencapai kelajuan maksimum pengecasan berterusan sekitar 30-31W.

charger lab_iphone 16
Pengecas Apple
charger lab third party_iphone 16_
Pengecas pihak ketiga
charger lab third party_iphone 16_2
Pengecas pihak ketiga

Walaupun begitu, ia merupakan peningkatan berbanding kelajuan pengecasan puncak 27W yang dilaporkan untuk model iPhone 15 Pro.

Apple hanya mengatakan bahawa semua model iPhone 16 boleh mencapai pengecasan sehingga 50% dalam masa 30 minit dengan pengecas USB-C 20W atau lebih tinggi, iaitu dakwaan yang sama seperti yang diiklankan untuk semua model iPhone 15.

Kami juga ada bertanyakan kepada Apple Support, yang mana ia menyatakan dua model standard iPhone 16 boleh menyokong pengecas 18-20W. Sementara model iPhone 16 Pro menyokong pengecas 20-30W.

Apple Support_3

Bagi memastikan peranti berfungsi pada keadaan terbaik – bateri tahan lebih lama dan tidak rosak dengan lebih cepat, pengguna digalakkan menggunakan pengecasan 20-30W seperti yang disyorkan oleh Apple.

Secara keseluruhannya, walaupun semua model iPhone 16 menyokong protokol USB-C Power Delivery 3.0 15V/3A = 45W, ia telah terbukti bahawa peranti itu sebenarnya tidak mengecas pada kelajuan 45W.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • iPhone 16 Dan iPhone 16 Plus Rasmi - Cip A18, Butang Action, 'Camera Control'
  • Siri iPhone 16 Sokong Pengecasan Pantas Sehingga 45W
  • Prestasi GPU iPhone 16 Pro Gagal Saingi GPU Snapdragon 8 Gen 3 Dan Dimensity 9300 - Analisis

Sumber: ChargerLAB

Rujukan: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY