Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri iPhone 16 Sokong Pengecasan Pantas Sehingga 45W

Posted on September 12, 2024September 12, 2024

Berdasarkan pensijilan baharu dari China Quality Certification Centre, semua model iPhone 16 kini menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 45W melalui port USB-C. Ini merupakan peningkatan lebih 50% berbanding siri iPhone 15 yang hanya menyokong sehingga 27-29W.

Perkara ini dikesan dan dikongsikan ShrimpApplePro di X, menunjukkan bahawa semua model iPhone 16 diuji pada voltan 5-15 dan 3A, yang bersamaan sehingga 45W.

https://x.com/VNchocoTaco/status/1834056001873699062

Dalam spesifikasi dari laman rasmi Apple, mereka tidak mendedahkan sedikit pun tentang ini. Hanya memaparkan penggunaan pengecas 30W berwayar sahaja. Selain itu, Apple turut mengesahkan yang MagSafe menyokong sehingga 25W dengan pengecas yang sesuai.

Peningkatan ini tidak mengejutkan kerana Apple jarang berkongsikan maklumat terperinci sebegini. Seperti model-model sebelumnya juga.

Tambahan lagi, ShrimpApplePro juga ada berkongsikan yang ada pengguna di China sudah bertanyakan tentang pengecasan dengan sokongan Apple China dan mereka mengesahkan perkara tersebut. Pun begitu, pengecasan itu tidaklah sampai 45W setiap masa, difahamkan, ia diapungkan sekitar 38W sahaja.

https://x.com/VNchocoTaco/status/1834122277815730641

Bagi mengesahkan perkara ini, kami pun ada bertanya Apple Support dan mereka mengesahkan yang siri iPhone 16 menyokong pengecasan 45W setiap masa. Boleh rujuk gambar di bawah.

Siri iPhone 16 telah pun dilancarkan Selasa lepas dan prapesan bakal bermula 13 September ini. Sementara, akan tersedia bermula 20 September depan.

{suggest}

Sumber : 9To5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress