Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro

Prestasi GPU iPhone 16 Pro Gagal Saingi GPU Snapdragon 8 Gen 3 Dan Dimensity 9300 – Analisis

Diterbitkan September 23, 2024 ยท Dikemas kini September 23, 2024 oleh ariff bukhari

Laman sesawang Geekerwan mengemas kini siri cip Apple A18 terkini termasuk dalam kedudukan SoC.

Tidak mengejutkan, A18 Pro menduduki tempat teratas dalam carta prestasi gabungan CPU, yang merangkumi 30% pada prestasi teras tunggal dan 70% pada prestasi berbilang teras dengan skor 228.5 mata.

Ia diikuti oleh A18 dengan 223.3 mata, Dimensity 9300 dengan 204.5 mata, A17 Pro tahun lepas dengan 202.6 mata, dan akhirnya Snapdragon 8 Gen 3 dengan 196.1 mata.

Mobile phone/tablet chip CPU performance ranking

Walau bagaimanapun, prestasi GPU A18 Pro gagal menyaingi GPU MediaTek Dimensity 9300 yang mendapat tempat pertama dengan 452.5 mata, diikuti oleh Snapdragon 8 Gen 3 dengan 424.7 mata.

Perlu diingat bahawa kedudukan GPU melibatkan 50% pada prestasi puncak dan 50% pada prestasi mampan.

iPhone didapati bergelut dengan isu terlalu panas dan throttling, jadi kedudukan yang corot ini adalah dijangkakan.

Mobile phone/tablet chip GPU performance ranking

Sungguhpun begitu, dalam kedudukan keseluruhan SoC yang memperuntukkan 70% kepada CPU dan 30% kepada GPU, A18 Pro mendahului senarai dengan skor 280.9 mata.

Menurut analisis Geekerwan, dengan menggunakan hanya 8% lebih kuasa, prestasi keseluruhan A18 Pro adalah 42-52% lebih pantas daripada teras prestasi Cortex-X4 yang terdapat dalam Snapdragon 8 Gen 3.

Comprehensive performance ranking of mobile phone/tablet chip

Tetapi, memandangkan Snapdragon 8 gen 4 dan MediaTek Dimensity 9400 semakin hampir, status prestasi A18 Pro ini berkemungkinan tidak akan bertahan lama.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Notebook Check, Socpk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY