Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UGREEN Dan ATL Bekerjasama Tingkatkan Keselamatan ‘Power Bank’

UGREEN Dan ATL Bekerjasama Tingkatkan Keselamatan ‘Power Bank’

Diterbitkan Mei 18, 2026 ยท Dikemas kini Mei 18, 2026 oleh ariff bukhari

UGREEN terus memperkukuh reputasinya sebagai peneraju teknologi kuasa mudah alih dengan menjalin kerjasama strategik bersama ATL, pengeluar bateri litium-ion terkemuka dunia.

Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan produk bank kuasa (power bank) mereka.

Selain itu, UGREEN turut menyumbang kepakaran dalam penggubalan piawaian keselamatan baharu GB 47372-2026 di China, yang menetapkan standard lebih ketat bagi industri.

UGREEN telah membangunkan sistem keselamatan berstruktur dengan lima komponen utama:

  • sistem kebolehkesanan digital hujung ke hujung,
  • pembuatan automatik bagi proses kritikal,
  • pengenalan siri unik dengan kod boleh dikesan, ujian sel bateri ketat, serta;
  • pemantauan masa nyata dengan amaran anomali.

Pendekatan menyeluruh ini memastikan pengguna menikmati pengalaman pengecasan yang lebih selamat dan dipercayai.

UGREEN menegaskan, mereka komited meningkatkan keselamatan produk menerusi inovasi teknologi, kerjasama rantaian bekalan dan kawalan kualiti ketat bagi memastikan pengalaman pengecasan lebih selamat serta dipercayai di seluruh dunia.

Beli barisan produk UGREEN dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clngo00
  • Lazada – https://invl.me/clngo05

Berkaitan

  • UGREEN Lancar 5 Pengecas Magnetik Baharu, Harga Dari RM129
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 'Power Bank' UGREEN Baharu Guna Sel Bateri BYD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY