Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UFS 3.0 Diumumkan, Pemindahan Data Storan Dua Kali Ganda Lebih Laju

UFS 3.0 Diumumkan, Pemindahan Data Storan Dua Kali Ganda Lebih Laju

Diterbitkan Februari 6, 2018 oleh Helmi Samsuri

Universal Flash Storage atau singkatannya UFS merupakan piawaian bagi teknologi storan. Ia menetapkan bagaimana peranti yang mempunyai cip storan UFS bersambung serta berinteraksi dengan sistem secara menyeluruh.

UFS 1.0 telah diperkenalkan pada 2011, diikuti dengan UFS 2.0 pada 2013 yang pada ketika itu menjanjikan kelajuan 4 kali ganda dari versi sebelumnya.

Seterusnya adalah UFS 2.1 yan boleh kita lihat diperagakan pada beberapa model kelas atasan seperti Galaxy S8, HTC U11, OnePlus 5 dan lain-lain.

Baru-baru ini, JEDEC, badan yang bertanggunjawab membangunkan piawaian itu hadir mengumumkan UFS 3.0 dan ia dikatakan mampu memberikan dua kali lebih laju dari UFS 2.1.

Selain daripada itu, ia juga hanya menggunakan kuasa yang rendah dan mampu betahan pada suhu ekstrim (-40’c – 150’c).

Walaupun piawaian ini telah diumumkan, tidak bermakna ia akan terus digunapakai pada telefon pintar keluaran seterusnya kerana syarikat pengeluar peranti mungkin mengambil sedikit masa untuk melakukannya.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY