Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI MatePad Pro 13.2 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,599

HUAWEI MatePad Pro 13.2 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,599

Diterbitkan Januari 9, 2024 oleh Amal Addin

Huawei kini telah merasmikan HUAWEI MatePad Pro 13.2 dalam pasaran Malaysia. Tablet ini diperkenalkan sebagai tablet paling nipis, ringan serta mempunyai saiz skrin yang besar. Beratnya sekitar 580g serta ketebalannya hanya 5.5mm. Selain itu, ia juga menggunakan cip pemprosesan Kirin 9000s

Dalam pembelian, anda akan dapat sekali HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil 3rd Generation. Tablet ini juga mempunyai gabungan perkakasan dan perisian canggih yang disesuaikan untuk memenuhi tuntutan gaya hidup digital yang dinamik hari ini.

Berkaitan

  • Huawei Mate X3 Datang Bersama Snapdragon 8+ Gen 1, Kamera 50MP
  • Huawei Enjoy 60, Peranti Baharu Dengan Bateri 6,000mAh
  • Telefon Huawei Belum Mati, Catat Untung Besar Di China
  • Huawei Uji Celia - 'Siri' Untuk Peranti Huawei
  • Pra-Tempah Peranti HUAWEI Ini Dengan Harga Serendah RM50

Jenis skrin yang digunakan pada tablet ini adalah Flexible OLED bersaiz 13.2 inci. Skrin ini turut menggunakan teknologi HUAWEI X-True Display serta mempunyai perlindungan mata yang mendapat pensijilan daripada TÜV Rheinland Global Eye Care 3.0.

Kapasiti bateri yang diberikan sebesar 10,100mAh serta menyokong SuperCharge 88W. 0% hingga 85% hanya 40 minit manakala 0% hingga 100% hanya 65 minit.

Anda boleh membuat prapesan bermula 9 Januari 2024 hingga 25 Januari 2024 melalui peruncit Huawei yang sah.

Untuk varian 12GB RAM/256GB ROM berharga RM4,599 manakala varian 12GB RAM/512GB ROM pula berharga RM4,999. Hanya dua warna yang ditawarkan iaitu green dan golden black. Anda turut berpeluang memenangi hadiah bernilai RM3,145.

WhatsApp Image 2024-01-09 at 16.35.59
WhatsApp Image 2024-01-09 at 16.37.00

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi HUAWEI, Facebook dan Instagram.

Beli Huawei MatePad Pro di:

Shopee: https://invl.io/clkjzwp

Lazada: https://invol.co/clkjzww

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY