Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prepaid_KingKong_KV_9 final_BM

U Mobile Lancar Pelan Prabayar U40 – FUP 100GB, ‘Hotspot’ Tanpa Had, Sokong 5G

Diterbitkan Disember 14, 2022 ยท Dikemas kini Disember 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

U Mobile baru saja memperkenal pelan prabayar baharu mereka iaitu U40. Ia boleh dilanggan pada harga RM40 sebulan. Ya, ia turut datang dengan perkhidmatan 5G namun terhad pada Sabtu dan Ahad.

Untuk makluman, pelan prabayar U25 dan U35 yang dilancarkan lebih awal juga sokong 5G.

Lebih menarik lagi, ia hadir dengan hotspot tanpa had. Ia satu langkah berani diambil U Mobile.

  • Kelajuan maksimum 6Mbps
  • FUP 100GB
  • Tiada kuota hotspot untuk 4G
  • Panggilan domestik percuma

Pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, pengguna boleh menggunakan 5G serta 4G pada kelajuan tanpa had iaitu melebihi 6Mbps.

Malah, penggunaan 5G pada hari minggu juga unlimited iaitu tidak berkuota. Akan tetapi, ia perlu ditebus setiap kali melalui aplikasi MyUMobile.

Berkaitan

  • Senarai Prabayar Dengan Internet "Unlimited" Bawah RM50 Setakat Oktober 2022
  • Pengguna Maxis Tidak Akan Terima 5G Tahun Ini
  • Gabungan Celcom-Digi: Ini Yang Anda Perlu Tahu Buat Masa Sekarang
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang

Diingatkan, ketersediaan 5G dan kelajuan maksimum melebihi 6Mbps hari minggu bergantung pada kekuatan rangkaian di kawasan anda.’

u40 u mobile

Oh ya, kelajuan anda diturunkan pada 512kbps apabila cukup 100GB FUP. Ia termasuklah penggunaan hotspot.

Dalam perkembangan lain, iPhone di Malaysia sudah boleh menggunakan 5G U Mobile. Klik SINI untuk senarai pelan prabayar dan pascabayar yang sokong 5G.

Untuk maklumat terperinci, terus klik pada pautan tersedia pada sumber di bawah.

Sumber: U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY