Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Tambah Sokongan Baru Pada DM – Beri Reaksi Emoji Seperti Facebook

Twitter Tambah Sokongan Baru Pada DM – Beri Reaksi Emoji Seperti Facebook

Diterbitkan Januari 23, 2020 oleh Amalina Athman

Mungkin anda pernah menerima DM di Twitter yang membuatkan anda ingin memberikan reaksi suka, ketawa, sedih atau hanya ingin memberi reaksi seperti anda memberinya Facebook.

Kini, platform sosial media Twitter telah melancarkan fungsi baru di mana anda boleh memberi reaksi emoji di DM, yang kelihatan hampir sama dengan Facebook namun ada sedikit perbezaan. Ia juga tersedia bagi versi web, Android, dan iOS.

Twitter Tambah Sokongan Baru Pada DM – Beri Reaksi Emoji Seperti Facebook

Bagi versi web, anda dengan mudah dapat memberikan reaksi pada DM dengan klik atau tap pada ikon heart-plus yang muncul di sebelah mesej. Bagi versi Android dan iOS, anda boleh menggunakan cara yang sama seperti versi web atau tap dua kali untuk menggunakan emoji tersebut.

Anda boleh memberikan reaksi emoji ini kepada mana-mana jenis DM sama ada dalam bentuk teks atau lampiran media. Selain itu, setiap kali menerima reaksi, anda akan diberitahu melalui notifikasi Twitter.

Twitter Tambah Sokongan Baru Pada DM – Beri Reaksi Emoji Seperti FacebookJika anda menggunakan Twitter versi lama pada Android atau iOS yang tidak menyokong ciri pemesejan baharu ini, anda masih akan mendapatnya tetapi ia akan dipaparkan sebagai mesej berasaskan teks.

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1220124106634321921

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY