Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG 2023 OLED EVO TV

TV LG Siri OLED EVO 2023 Terpilih Kini 20% Lebih Ringan

Diterbitkan April 27, 2023 oleh ariff bukhari

LG Electronics (LG) hari ini mengumumkan bahawa TV siri OLED evo 2023 nya telah memperoleh pensijilan Reducing CO21 dan Measured CO22 daripada Carbon Trust3 dan label alam sekitar daripada Société Générale de Surveillance SA (SGS) untuk tahun ketiga berturut-turut.

Pengiktirafan itu adalah satu penghormatan yang menunjukkan usaha berterusan LG untuk pengurangan sisa plastik.

Carbon Trust ialah perundingan iklim global yang diwujudkan untuk mempercepatkan langkah ke masa depan ‘Sifar Bersih’.

Manakala SGS ialah organisasi ujian global terkemuka yang berdedikasi untuk memperakui produk yang mampan alam sekitar. Kedua-dua institusi ini memeriksa keseluruhan peringkat produk daripada pengeluaran dan penghantaran hingga pelupusan.

LG 2023 OLED EVO TV

Model dalam siri LG OLED evo mempunyai berat yang lebih ringan dan ketahanan yang lebih kuat dengan menggunakan bahan gentian komposit dan logam.

Bahan-bahan ini mengurangkan penggunaan plastik di mana TV siri LG OLED evo hanya menggunakan sebanyak 40% plastik sahaja yang digunakan dalam TV LCD dengan saiz skrin yang sama. Hasilnya LG telah berjaya mengekang penggunaan plastiknya sebanyak 20,000 tan tahun ini.

Penggunaan bahan gentian komposit pada model terpilih daripada siri OLED evo terkini menjadikannya sekitar 20% lebih ringan daripada TV LCD bersaiz skrin yang sama.

Selain itu, penutup belakang model LG OLED evo, TV QNED dan TV NanoCell yang dikeluarkan pada 2023 juga kini dilengkapi dengan bahan plastik kitar semula yang menggunakan lebih daripada 30 peratus plastik terpakai.

TV siri LG OLED evo kini boleh didapati di 125 negara di seluruh dunia.

{suggest]

Sumber: Siaran Media LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit
  • Jabra Bawa Masuk Siri Evolve2 Dan Speak2 Ke Malaysia
  • CelcomDigi Lanjutkan Akses 5G Percuma Hingga 31 Mei 2023

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY