Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit

Posted on April 27, 2023April 27, 2023

Ya, Apple membawakan teknologi komunikasi satelit ke telefon pintarnya bermula dengan siri iPhone 14. Tetapi iPhone 14 dilengkapi ciri satelit dengan penyepaduan perkakasan di dalamnya.

Berbeza dengan Samsung Galaxy S22 yang tidak dimodifikasi dengan perkakasan sokongan satelit, jadi sekaligus ia menjadi telefon pintar standard pertama di dunia yang berjaya membuat panggilan melalui satelit.

Pencapaian itu dicapai selepas AST SpaceMobile berjaya membina rangkaian jalur lebar selular berasaskan angkasa pertama dan satu-satunya yang boleh diakses terus oleh telefon mudah alih standard.

Dengan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S22, AST SpaceMobile berjaya membuat panggilan suara dua hala yang pertama, terus kepada telefon pintar yang tidak diubah suai perkakasannya melalui satelit BlueWalker 3 (“BW3”).

Satelit ujian BlueWalker 3 AST SpaceMobile kini berada di orbit Bumi rendah.

AST SpaceMobile menyatakan, ini adalah kali pertama sambungan suara terus dari angkasa ke peranti selular standard dicapai.

Panggilan suara pertama itu dibuat dari kawasan Midland, Texas ke Rakuten di Jepun melalui spektrum AT&T menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S22.

Panggilan ujian awal ini sekaligus mengesahkan sistem dan seni bina yang dipatenkan AST SpaceMobile berjaya disambungkan bersama telefon pintar yang tidak diubah suai.

Panggilan itu juga menunjukkan kuasa satelit BW3 AST SpaceMobile dan merupakan langkah penting untuk penyediaan jalur lebar selular 2G, 3G, 4G LTE dan 5G berasaskan ruang di seluruh dunia.

Kejayaan ini adalah kerjasama melibatkan jurutera dari Vodafone, Rakuten dan AT&T yang mengambil bahagian dalam penyediaan dan ujian panggilan suara pertama dengan BW3.

{suggest}

Sumber: AST SpaceMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress