Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial_featured wisermy

Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini

Diterbitkan Oktober 12, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 12, 2026 oleh ariff bukhari

Turkiye pada Sabtu secara rasmi mengumumkan larangan penggunaan media sosial bagi remaja di bawah umur 15 tahun, yang dijadualkan mula berkuat kuasa pada 1 November.

Negara itu menyertai bilangan negara yang semakin meningkat dalam menggubal undang-undang bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kesan berbahaya platform dalam talian.

Warta rasmi kerajaan menerbitkan keputusan tersebut susulan kelulusan undang-undang berkenaan oleh parlimen pada bulan April.

Ia menetapkan bahawa penyedia media sosial mesti “mengambil langkah-langkah teknikal dan pentadbiran yang diperlukan, termasuk pengesahan umur, untuk melaksanakan” perlindungan bagi golongan muda.

 

“Tiada perkhidmatan yang berkemungkinan mendatangkan kesan ketagihan kepada kanak-kanak boleh ditawarkan.”

Negara-negara termasuk Australia telah memperkenalkan sekatan media sosial bagi kanak-kanak, manakala negara lain seperti Britain dan Perancis sedang berusaha melakukan perkara yang sama.

Social media and platforms, restricted access for minors
Infografik memaparkan peta lokasi negara atau wilayah yang telah mengambil langkah untuk mengehadkan atau melarang penggunaan platform dalam talian atau media sosial dalam kalangan golongan muda, serta negara atau wilayah yang merancang untuk berbuat demikian (Grafik oleh AFP)

Langkah ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko digital seperti ketagihan skrin, kekurangan tidur, buli siber dan gangguan pemakanan.

Kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun mengadu mengenai sekatan terhadap kebebasan bersuara di Turki yang menyasarkan komuniti LGBTQ, pihak media dan pembangkang politik. Pelbagai akaun media sosial telah disekat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • UK Akan Sekat Akses Media Sosial Lepas Tengah Malam Untuk Remaja 16 Dan 17 tahun
  • Pendedahan Awal Telefon Pintar Dan Media Sosial Kepada Kanak-Kanak Tingkatkan Risiko Kemurungan Dan Isu Kurang Tidur - Kajian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY