Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tukar Telefon Pintar Anda Kepada Polaroid Sekelip Mata Dengan Prynt

Tukar Telefon Pintar Anda Kepada Polaroid Sekelip Mata Dengan Prynt

Diterbitkan Oktober 19, 2018 oleh Haikel Areff

Teknologi adalah satu alat yang memudahkan urusan seharian kita. Radio, kamera, telefon pintar, laptop, mahupun aplikasi seperti Whatsapp dan Email merupakan sebahagian daripada pembantu era baru kita hari ini.

Boleh dikatakan setiap hari, kita akan mendengar di kaca televisyen, dada akhbar atau media elektronik mengenai pelbagai teknologi dan ciptaan baru yang dihasilkan di seluruh pelusuk dunia.

Telefon pintar dan komputer seringkali dikaitkan dengan teknologi baru. Namun, perkembangan teknologi kamera juga tidak kurang hebatnya. Salah satu daripadanya ialah kes kamera Prynt.

Prynt adalah sebuah kes kamera yang pertama dan ia sesuai digunakan untuk peranti Android dan IOS. Anda hanya perlu memasangkan kes kamera tersebut pada telefon anda, kemudian ambil gambar dan dalam beberapa saat gambar akan terus dicetak.

Tukar Telefon Pintar Anda Kepada Polaroid Sekelip Mata Dengan Prynt
Kredit: www.kickstarter.com

Selain itu, anda tidak perlu risau untuk membeli dakwat, kerana Prynt ini datang dengan kertas khas yang di dalamnya tertanam dakwat. Reka bentuk peranti ini ringan dan pelbagai warna seperti hitam, putih, merah jambu dan biru. Istimewanya peranti ini membolehkan anda mencetak gambar tanpa perlu berhubung dengan wifi.

Tukar Telefon Pintar Anda Kepada Polaroid Sekelip Mata Dengan Prynt
Kredit: www.kickstarter.com

Peranti ini bukan hanya boleh mencetak gambar tetapi ia juga boleh memaparkan gambar tersebut dalam bentuk video. Kita perlu merakam video terlebih dahulu kemudian, ia akan mencetak gambar yang terakhir dalam video tersebut. Apabila anda scan gambar tersebut pada Prynt, ia akan bergerak seperti video.

Tukar Telefon Pintar Anda Kepada Polaroid Sekelip Mata Dengan Prynt
Kredit: www.kickstarter.com

Anda juga boleh memilih gambar serta bingkai yang sesuai melalui aplikasi Prynt sebelum ia dicetak. Tambahan pula, ia akan memberitahu anda sekiranya peranti iniĀ  kekurangan kertas cetak khas. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store.

Teknologi dan juga ciri yang dilengkapi dalam peranti ini memudahkan anda, tidak perlu lagi ke kedai untuk mencetak gambar. Hanya tinggal “snap” dan dalam 30 saat foto anda akan dicetak, semudah 1,2 dan 3.

Screen Shot 2018-10-19 at 2.43.25 PM

Peranti Prynt ini sudah mula dijual di pasaran luar seperti Amerika Syarikat, namun agak sukar untuk mendapatkannya di Malaysia. Jika anda mencarinya di pasaran atas talian, peranti ini dijual dengan harga sekitar RM 800-RM 1,100.

Ia agak mahal kerana kebanyakan pengedar perlu mendapatkan dari pembekal luar negara. Maka, diharapkan ada pihak pengedar yang sanggup membekalkan peranti ini secara pukal untuk pasaran tempatan di masa akan datang.

 

Sumber: KickStarter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY