Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TSMC featured image_

TSMC Mungkin Berdepan Denda $1 Bilion Susulan Pelanggaran Kawalan Eksport AS

Diterbitkan April 9, 2025 ยท Dikemas kini April 9, 2025 oleh Amalina Athman

Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) mungkin berdepan dengan denda sebanyak $1 bilion atau lebih bagi menyelesaikan siasatan kawalan eksport Amerika Syarikat berkaitan penemuan cip yang dihasilkan oleh syarikat itu dalam pemproses kecerdasan buatan (AI) Huawei.

Jabatan Perdagangan AS dilaporkan sedang menyiasat kerjasama TSMC dengan Sophgo yang berpangkalan di China. Menurut sumber yang mengetahui perkara tersebut, cip yang dihasilkan oleh TSMC untuk Sophgo didapati sepadan dengan cip yang terdapat dalam pemproses AI Huawei Ascend 910B.

Lennart Heim, seorang penyelidik yang memantau perkembangan AI di China, berkata TSMC telah menghasilkan hampir tiga juta cip dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang sepadan dengan reka bentuk yang dipesan oleh Sophgo dan kemungkinan besar berakhir di tangan Huawei.

Difahamkan, potensi denda melebihi $1 bilion itu adalah berdasarkan peraturan kawalan eksport yang membenarkan denda sehingga dua kali ganda nilai transaksi yang melanggar peraturan.

Oleh kerana peralatan pembuatan cip TSMC melibatkan teknologi AS, kilangnya di Taiwan tertakluk kepada kawalan eksport AS. Peraturan ini menghalang TSMC daripada menghasilkan cip untuk Huawei, atau cip canggih untuk mana-mana pelanggan di China tanpa lesen dari AS.

Dalam satu kenyataan, jurucakap TSMC Nina Kao berkata syarikat itu komited untuk mematuhi undang-undang. Beliau turut menambah bahawa TSMC tidak membekalkan cip kepada Huawei sejak pertengahan September 2020 dan pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Perdagangan AS.

Berkaitan

  • AS Dilapor Rancang Bertindak Ke Atas Syarikat China Ekoran Penemuan Cip TSMC Dalam Pemproses Huawei
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Trump Yakin Apple Boleh Pindahkan Pembuatan iPhone Ke AS
  • TSMC Akan Dikenakan Cukai Tinggi Jika Gagal Bangunkan Kilang Di AS - Trump

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY