Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng soundbox 4

Touch n’ Go Perkenal Soundbox – ‘Bercakap’ Apabila Pelanggan Siap Bayar Melalui Kod QR

Diterbitkan Disember 19, 2022 · Dikemas kini Disember 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Touch ‘n Go mula menjual Soundbox di aplikasi TNG eWallet sekarang melalui tab Merchant Dashboard.

Soundbox adalah peranti audio pintar yang akan mengeluarkan suara memaklumkan anda dengan notifikasi bila anda terima bayaran.

tng soundbox 2

Apabila pelanggan mengimbas dan bayar via kod QR Touch ‘n Go eWallet atau kod QR DuitNow, Soundbox akan ‘bersuara‘ dan mempamerkan jumlah di paparan LED.

Ia datang dalam 2 edisi iaitu sambungan berasaskan kad SIM dan Wi-Fi.

tng soundbox

Jika anda mengambil set dengan kad SIM, langganan kad SIM hanya sah untuk 12 bulan. TNG mengatakan anda perlu hubungi talian bantuan mereka untuk perbaharuinya.

Dalam kotak, anda mendapat 1 unit Soundbox, 1 QR Standee yang paparkan kod QR pada kedua-dua sisi, 1 kabel UBS Type-C dan 1 buku panduan.

Pun begitu, anda boleh juga gunakan kad SIM sendiri.

Berkaitan

  • Ini Cara Semak Baki Kredit Touch 'n Go Pada MyKad Anda
  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Ini Senarai Pautan 'Scam' Dan Cara Ketahui SMS Daripada 'Scammer' Atau TNG eWallet
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Ini 5 Perkara Yang Akan Dilakukan TNG Pada 2023 Berkenaan Isu 'Scam'
  • Touch 'n Go Perkenal Edisi Khas TNG Charm, Boleh Guna Seperti TNG NFC

Setelah menerimanya, ia sedia digunakan terus kerana identiti QR perniagaan anda telah ditetapkan dalam Soundbox.

Set Soundbox dengan kad SIM berharga RM139.50 (RM 59.50 + RM 80.00) manakala Soundbox sahaja pula dijual pada harga RM59.90.

Semua peniaga yang berdaftar dengan TNG eWallet layak untuk promosi ini dan anda boleh membeli sebanyak unit anda mahu kerana tiada had dikenakan.

tng soundbox manual

Namun, hanya 500 pembelian saja tersedia sepanjang tempoh promosi ini.

Mungkin disebabkan banyak kes penipuan yang berlaku hari ini, mereka menegaskan Touch ‘n Go tidak membuat sebarang panggilan berkenaan promosi Soundbox ini.

Untuk maklumat lanjut, klik pada pautan di bawah.

Sumber: Touch ‘n Go, Touch ‘n Go

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY