Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng charm_2

Touch ‘n Go Perkenal Edisi Khas TNG Charm, Boleh Guna Seperti TNG NFC

Diterbitkan Disember 12, 2022 · Dikemas kini Disember 12, 2022 oleh Amalina Athman

Touch n’ Go hari ini telah melancarkan edisi khas Krismas iaitu TNG Charm.

Menariknya pada TNG Charm, ia berfungsi sama seperti kad Touch ‘n Go Enhanced, di mana ia dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi NFC yang membolehkan tambah nilai dilakukan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Ia boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol, tambang kereta api, bayaran tempat letak kereta dan sebagainya.

Touch ‘n Go Perkenal Edisi Khas TNG Charm, Boleh Guna Seperti TNG NFC

TNG Charm dijual bermula hari ini, secara eksklusif di Lazada pada harga RM30.00. Manakala penghantaran hanya akan dilakukan bermula 20 Disember 2022.

Berkaitan

  • Nak Beli Kad TNG NFC? Ini Cara Semak Jika Telefon Anda Sokong Ciri NFC
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada

Ketika ini, tinjauan penulis mendapati TNG Charm belum lagi tersedia. Touch ‘n Go melalui Facebook sebentar tadi memaklumkan TNG Charm akan dijual secara 6 batch (kelompok) bermula 12.12 tengah hari sehingga 10.12 malam, hari ini. Bagi tujuan itu, pengguna boleh menyemaknya dari semasa ke semasa melalui TNG eWallet Lazada eShop.

Sumber: Touch ‘n Go

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY