Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG Luxe Card Titan Edition_3

Touch ‘n Go Perkenal LUXE Card – Titan Edition

Diterbitkan Disember 16, 2023 · Dikemas kini Disember 16, 2023 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go kini memperkenal Luxe Card – Titan Edition, iaitu kad edisi terhad berwarna hitam dengan kemasan di bahagian sisi dan logo berwarna keemasan.

Berkaitan

  • Tag RFID Tidak Mempunyai Tarikh Luput - TNG

Sama seperti kad baharu yang lain, LUXE Card Titan Edition turut dilengkapi ciri NFC. Bergantung kepada stok yang tersedia, kad edisi terhad ini boleh didapati melalui Shopee atau Lazada pada harga RM25. 

Akan tetapi, pembayaran bagi pembelian LUXE Card di Lazada perlu dilakukan melalui Touch ‘n Go eWallet.

TNG Luxe Card Titan Edition

TNG menyatakan dengan setiap pembelian LUXE Card, pengguna layak mendapat diskaun RM3 untuk pembelian seterusnya bagi semua produk TNG melalui kedai rasmi di Shopee – gunakan kod “TOUCBLCK1”. Tawaran ini sah daripada 15 Disember 2023 hingga 15 Mac 2024, tetapi terhad untuk 30,000 penebusan terawal.

TNG Luxe Card_3
TNG Luxe Card

Selain Shopee dan Lazada, pembelian TNG LUXE Card juga boleh dilakukan melalui Pusat Jualan dan Perkhidmatan TNG di NU Sentral dan Bangsar South, yang akan tersedia kemudian.

Sumber: TNG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY