Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Touch ‘n Go eWallet, Boost, GrabPay Rasmi Jadi Rakan Kongsi e-Tunai Rakyat

Touch ‘n Go eWallet, Boost, GrabPay Rasmi Jadi Rakan Kongsi e-Tunai Rakyat

Diterbitkan Disember 20, 2019 · Dikemas kini Disember 20, 2019 oleh Haikel Areff

Persiapan akhir bagi pelaksanaan e-Tunai Rakyat kini giat dijalankan dan bakal dilancarkan bermula 15 Januari 2020. Berikutan dengan program rangsangan digital berjumlah RM 450 juta yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan, ia sebenarnya bertujuan untuk merangsang serta menggalakkan penggunaan e-dompet dalam kalangan pengguna dan peniaga tempatan.

Khazanah Nasional Bhd yang dilantik oleh kementerian hari ini mengumumkan bahawa Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay dipilih untuk menyertai inisiatif e-Tunai tersebut. Dalam pada masa yang sama, kerja-kerja pelaksanaan yang diselaraskan oleh Khazanah Nasional ini merupakan usaha komprehensif untuk memastikan inisiatif e-Tunai Rakyat dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang dari RM 100,000 setahun akan layak menerima RM 30 setiap seorang,” kata dana kekayaan negara dalam kenyataan kepada Bernama.

Selain itu, penyedia perkhidmatan e-dompet ini dipilih berdasarkan bilangan besar pengguna aktifnya, serta kepakaran teknikal yang dimiliki. Ia juga bakal merancang untuk menawarkan insentif tambahan bagi menggalakkan penggunaan sepanjang tempoh dua bulan inisiatif ini dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan e-Tunai Rakyat, layari laman web Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay.

 

Sumber: Bernama

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY