Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pemanas air Toshiba

Toshiba Perkenal SensTemp, Pemanas Air Pintar Yang Janjikan Suhu Konsisten

Diterbitkan Januari 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Toshiba memulakan tahun 2025 dengan melancarkan pemanas air pintar terbaharu, SensTemp Suhu Stabil, yang direka untuk memenuhi keperluan rumah moden rakyat Malaysia. Produk ini menjanjikan air mandi pada suhu yang konsisten, selamat digunakan, dan mesra alam, menjadikannya pilihan ideal untuk gaya hidup lestari.

Teknologi pintar suhu stabil membekalkan air pada suhu pilihan tanpa turun naik, walaupun semasa permintaan tinggi. Selain itu, sensor pintar masa nyata boleh mengesan tekanan dan suhu air untuk memastikan kestabilan sambil menjimatkan tenaga.

 

Akhir sekali keselamatan dipertingkatkan dengan Teknologi Pengasingan Air-Elektrik melindungi pengguna daripada risiko kebocoran atau kerosakan elektrik.

Toshiba water heater

Ia turut menawarkan mod pilihan peribadi seperti:

    • Mod Relaks: Memberikan pengalaman mandi seperti spa.
    • Mod Sukan: Membantu pemulihan otot dan meningkatkan peredaran darah.
    • Mod iTemp: Menyesuaikan suhu air secara automatik mengikut musim.

Harga

Pemanas air ini boleh didapati pada harga bermula RM599 hingga RM1,099 di kedai peralatan rumah. Sebagai pelancaran istimewa, Toshiba menawarkan hadiah menarik berupa kereta Lexus baharu kepada pengguna yang membeli dua produk Toshiba bernilai lebih RM2,000 sebelum 15 Januari 2025.

Berkaitan

  • Toshiba Perkenal Peti Sejuk Japandi Dengan Sentuhan Kayu Walnut
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • PRISM+ Lancar TV QLED 100” Pertama Di Malaysia Dengan Harga Berpatutan

Sumber: siaran media Toshiba

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY