Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tol percuma deepavali_

Tol Percuma Selama Dua Hari Sempena Deepavali

Diterbitkan Oktober 28, 2024 · Dikemas kini Oktober 28, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan memberikan tol percuma selama dua hari sempena perayaan Deepavali.

Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 29 Oktober 2024 dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 30 Oktober 2024.

Menurut Kementerian Kerja Raya, pengecualian tol hanya akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol, kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor.

Tol percuma deepavali

Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi melancarkan pergerakan.

Antaranya termasuk mengikut cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA), memastikan kenderaan dalam keadaan baik, menggunakan pautan paparan CCTV Lembaga Lebuh Raya Malaysia sebagai panduan dan lain-lain.

Berkaitan

  • Pengguna Jambatan Pulau Pinang Kini Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Syarat Terkini Untuk Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B
  • Senarai Institut Memandu Tawar Program Khas Peralihan Kelas B

Sumber: Kementerian Kerja Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY