Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nikmati Tol Percuma Selama Dua Hari Sempena Deepavali

Tol Percuma Selama 2 Hari Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan Februari 7, 2024 · Dikemas kini Februari 7, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini mengumumkan tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) pada 8 dan 9 Februari 2024 sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Berkaitan

  • Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Tanpa Cetakan Fizikal
  • Cara 'Renew' Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ

Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 dan berakhir pada 11.59 malam, 9 Februari 2024.

Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol, kecuali di plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

Tol Percuma Selama 2 Hari Sempena Tahun Baru Cina

Dalam pada itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan dan merancang perjalanan dengan sewajarnya.

Semakan status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya boleh dilakukan melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook atau X. Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.

Sumber: Kementerian Kerja Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY