Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Tanpa Cetakan Fizikal

Rebat RM5 Untuk Pembaharuan Lesen Memandu Tanpa Cetakan Fizikal

Diterbitkan Februari 7, 2024 · Dikemas kini Februari 7, 2024 oleh Amalina Athman

Pada bulan lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan pembaharuan lesen memandu (LMM) dan lesen kenderaan motor (LKM) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ mulai 1 Februari 2024.

Bagi menggalakkan penggunaan digital, kerajaan memberikan rebat RM5 kepada orang ramai yang memilih mod digital melalui pembaharuan lesen memandu tanpa cetakan fizikal (e-LMM).

{suggest}

Melalui FAQ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Rebat e-LMM RM5 akan diberikan bagi permohonan yang dibuat bermula 1 Februari sehingga 31 Disember 2024.

Perlu diketahui, pemohon hanya boleh menikmati pemberian Rebat e-LMM sekali sahaja sepanjang tempoh tersebut. 

Berikut merupakan jenis urus niaga lesen memandu yang layak menerima rebat:

  • Permohonan Lesen Memandu Percubaan (PDL)
  • Permohonan Lesen Memandu Kompeten (CDL)
  • Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Pemohon yang memilih pembaharuan dengan cetakan fizikal tidak layak menerima rebat. Inisiatif ini hanya terpakai untuk warganegara Malaysia yang memilih mod digital semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad).

Rebat MyJPJ_1
Tanpa Cetakan Fizikal
Rebat MyJPJ_2

Sementara itu, sekiranya telah membuat pembaharuan melalui mod e-LMM dan menikmati rebat RM5, tetapi kemudiannya ingin membuat pengambilan fizikal Slip Pembaharuan LMM, pemohon akan dikenakan bayaran fi salinan sebanyak RM20.

Sumber: JPJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY