Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Terajui Tenaga Boleh Baharu Bagi Sektor Telekomunikasi Di Malaysia, Catatkan Penggunaan Melebihi 20%

TM Terajui Tenaga Boleh Baharu Bagi Sektor Telekomunikasi Di Malaysia, Catatkan Penggunaan Melebihi 20%

Diterbitkan September 11, 2026 · Dikemas kini September 11, 2026 oleh ariff bukhari

Sektor telekomunikasi di rantau Asia Pasifik berdepan cabaran besar dalam mengurangkan pelepasan karbon di tengah-timbang melonjaknya permintaan pemindahan data.

Laporan terbaharu GSMA bertajuk Mobile Net Zero: Asia Pacific 2026 yang dilancarkan pada persidangan M360 ASEAN di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa pelepasan operasi oleh sektor telekomunikasi di Asia Tenggara, termasuk Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak 2019 berikutan akses tenaga boleh baharu (TBB) yang masih terhad.

Malaysia yang turut terkesan dengan cabaran ini secara puratanya, penggunaan TBB dalam kalangan pengendali rangkaian mudah alih di Malaysia mencatatkan hanya 5 peratus daripada keseluruhan penggunaan tenaga elektrik mereka.

Purata ini masih jauh berbanding purata global iaitu 24 peratus, serta negara maju seperti Jepun dan Australia yang melebihi 50 peratus.

TM Terajui Tenaga Boleh Baharu Bagi Sektor Telekomunikasi Di Malaysia, Catatkan Penggunaan Melebihi 20%
Pengendali mudah alih di seluruh Asia Pasifik membeli atau menjana 7 TWj elektrik boleh diperbaharui pada tahun 2024, bersamaan dengan sekitar 15% daripada jumlah penggunaan elektrik mereka, meningkat daripada hanya 1% pada 2019.

Meskipun begitu, kemajuan dasar dalam beberapa pasaran baru muncul telah membantu sesetengah pengendali mudah alih memenuhi bahagian elektrik mereka yang semakin meningkat keperluannya dengan tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2025, seperti Telekom Malaysia yang  berjaya mencatatkan penggunaan TBB melebihi 20 peratus.

Namun, halangan utama bagi kebanyakan pengendali tempatan masih berpunca daripada kekangan mekanisme perolehan TBB luar tapak (off-site) serta kos tinggi yang kurang sesuai bagi infrastruktur teragih seperti menara pemancar.

 

“Pengendali mudah alih di seluruh Asia Pasifik sedang mengukuhkan komitmen iklim mereka dan melabur dalam rangkaian yang lebih cekap untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Tetapi kemajuan dalam mengurangkan pelepasan akan menjadi sukar tanpa akses yang lebih besar kepada elektrik boleh diperbaharui,” Steven Moore, Ketua Tindakan Iklim di GSMA.

Sehubungan itu, dalam laporan mereka GSMA menggesa Kerajaan dan penggubal dasar agar melaksanakan reformasi pasaran tenaga. 

Antara langkah yang GSMA syorkan adalah seperti memperkemas tenaga bersih, mengubah reka bentuk pasaran elektrik, dan mempercepatkan penghapusan fasa arang batu.

GSMA juga menyeru agar rangkaian mudah alih diiktiraf sebagai infrastruktur kritikal dalam perancangan daya tahan iklim.

Langkah ini penting bagi membolehkan syarikat telekomunikasi tempatan mendapatkan akses tenaga bersih yang stabil dan terjangkau.

Usaha ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos operasi dan pelepasan karbon, malah memperkukuh daya tahan rangkaian digital negara.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • TM Lancar TM CYDEC, Pusat Pertahanan Siber Dengan Model Operasi Cyber Fusion
  • Selepas Ancaman Mogok, Pekerja Micron Di Taiwan Bakal Terima Bonus Sehingga 68 Bulan Gaji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY