Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM stesen pendaratan kabel Morib_

TM Siap Bina Stesen Pendaratan Kabel Di Morib

Diterbitkan September 29, 2025 · Dikemas kini September 29, 2025 oleh Amalina Athman

TM Global, syarikat di bawah Telekom Malaysia (TM), baru-baru ini mengumumkan pelancaran stesen pendaratan kabel (CLS) kelima di Morib, Selangor. Fasiliti ini menjadi salah satu komponen penting dalam usaha memperkukuh infrastruktur digital negara dan meletakkan Malaysia sebagai hab digital serantau.

Berkeluasan 7,000 kaki persegi, CLS Morib merupakan stesen pendaratan kabel terbuka pertama di Selat Melaka, iaitu antara laluan kabel dasar laut paling sibuk di dunia. Ia direka untuk menyokong sehingga tiga sistem kabel dasar laut, termasuk Sea-Me-We 6.

“Stesen ini menawarkan akses antarabangsa secara terus dengan pelbagai laluan dan kependaman yang rendah (reduce latency). Kedudukannya yang berdekatan pusat data di Lembah Klang turut menyokong integrasi rangkaian yang lancar, sekali gus mengoptimumkan kecekapan penghantaran data dari hujung ke hujung,” kata Naib Presiden Eksekutif TM Global Khairul Liza Ibrahim.

Selain itu, CLS Morib turut dilengkapi Pusat Operasi Rangkaian (NOC) yang beroperasi 24 jam sehari, sistem penyejukan cekap tenaga serta lampu jalan berasaskan solar sebagai sebahagian inisiatif kelestarian.

Dalam perkembangan lain, TM Global juga sedang memperluas jejak tranformasi digitalnya dengan pusat data dan fasiliti Edge yang kini meningkat kapasiti sehingga 40MW. Pembinaan juga sedang dijalankan untuk sebuah pusat data baharu berasaskan AI melalui kerjasama dengan Nxera, anak syarikat Singtel, yang dirancang mempunyai kapasiti sehingga 200MW.

Berkaitan

  • U Mobile Akan Guna Gentian TM Untuk Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • TM Sertai Projek Kabel Dasar Laut Sepanjang 8,000 Km Hubungkan 6 Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY