Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Sertai Projek Kabel Dasar Laut Sepanjang 8,000 Km Hubungkan 6 Negara

TM Sertai Projek Kabel Dasar Laut Sepanjang 8,000 Km Hubungkan 6 Negara

Diterbitkan September 23, 2025 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia (TM) menyertai konsortium antarabangsa bersama Meta, SoftBank, IPS Inc., PT XLSmart dan NEC bekerjasama untuk membangunkan sistem kabel dasar laut Candle sepanjang 8,000 km.

Kabel ini menghubungkan 6 buah negara iaitu Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Inception Ceremony_Candle

Candle menggunakan teknologi 24-fiber pair, menjadikannya antara sistem berkapasiti tinggi pertama di Asia Pasifik yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2028 nanti.

Projek ini bertujuan untuk memperkukuh infrastruktur digital serantau, menyokong permintaan terhadap 5G, AI dan perkhidmatan awan.

candle submarine

TM berkata, penyertaan mereka ini sebagai langkah strategik menjadikan Malaysia sebagai hab digital ASEAN menjelang 2030.

Dalam projek ini, NEC akan menyertai sebagai integrator sistem, termasuklah dari pembuatan kabel bawah laut dan reka bentuk laluan, pemasangan, dan pengujian, serta menyediakan reka bentuk laluan, pemasangan dan ujian kabel.

Candle dijangka memberi impak besar kepada lebih 500 juta penduduk Asia Pasifik melalui keterangkuman digital dan sambungan data antarabangsa yang lebih selamat.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Jepun Uji Pancar 5G Dari Langit Guna Pesawat Ringan Terus Ke Telefon
  • Telefon Pintar Anda Mungkin Terancam Walaupun Guna 5G - Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY