Permohonan itu dibuat bagi membolehkan pihak mereka mengkaji dengan lebih terperinci bagi mencari jalan terbaik agar penurunan harga ini tidak akan menjejaskan kadar pendapatan mereka secara mendadak.
Kredit : TM Group
Pihak kerajaan sebelum ini telah mengumumkan penurunan harga MSAP(Mandatory Standard on Access Pricing) di mana ia akan memerlukan pembekal perkhidmatan jalur lebar untuk mengurangkan harga pakej yang ditawarkan kepada pengguna.
Penurunan harga itu perlu dilaksanakan seiring dengan janji yang telah dibuat oleh kerajaan melalui Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo yang mahukan sambungan internet yang lebih murah dan pantas.
Perkara ini juga dijangka akan membenarkan lebih ramai rakyat yang berada di dalam kelompok B40 untuk menikmati perkhidmatan internet di negara ini. Ia selaras dengan kenyataan YB Menteri yang menegaskan akses internet merupakan salah satu daripada hak rakyat.
Kredit : FINAS
Sebelum ini, rakyat Malaysia telah dijanjikan dengan akses internet pada harga sehingga 25% lebih murah menjelang akhir tahun ini. Namun, andai kata rayuan TM ini diterima, maka perkara itu mungkin tidak akan dapat terlaksana dalam tempoh yang dijanjikan.
Langkah ini juga dilihat akan menjadi pemangkin kepada penyedia perkhidmatan internet lain seperti telco untuk menawarkan harga internet yang lebih rendah. Ia sekaligus akan memaksa TM untuk menurunkan juga cas perkhidmatan mereka bagi kekal bersaing walaupun hilang sebahagian daripada pendapatan mereka.
Sama-sama kita nantikan keputusan daripada pihak kerajaan berkenaan rayuan yang dikemukan oleh TM ini. Semoga keputusan yang dibuat dapat menghasilkan situasi menang-menang di antara rakyat/pengguna dan Telekom Malaysia sendiri.
Sumber
Berkaitan
- WhatsApp Bawa Sokongan PIP Untuk Panggilan Video
- Imej Sebenar Huawei Mate 20 Dilaporkan Terdedah, Miliki Rekaan Kamera Utama Yang Unik
- Huawei Dilaporkan Mahu Lancarkan Televisyen 5G Pada Tahun Ini
- Football Manager 2019 Bakal Dilancarkan Pada 2 November Ini
- Nokia 6.1 Plus - Comel Tapi Mahal?
- Samsung Menawarkan Gear VR Secara Percuma Untuk Pembeli Galaxy Note 7 Di India
- Huawei Sedang Bangunkan HiSilicon Kirin 710 Bagi Saingi Qualcomm Snapdragon 710
- Menteri Desak TM Beri Penjelasan Mengenai Pelan Streamyx Kepada Pelanggan
- MultiROM Kini Tersedia Buat Peranti Pocophone F1, Benarkan Pengguna Menggunakan "Dual Booting"
- Xiaomi Umum Pelancaran Peranti Mi 8 Di Malaysia, Dijual Dengan Harga Tidak Masuk Akal