Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri Komunikasi – Akses Internet Adalah Hak Setiap Rakyat

Menteri Komunikasi – Akses Internet Adalah Hak Setiap Rakyat

Diterbitkan Ogos 6, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 6, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sejak memegang portfolio sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo dilihat giat memperjuangkan penawaran jalur lebar murah dengan kelajuan tinggi.

Beliau juga ada menyatakan tentang harapan kerajaan terhadap Tenaga Nasional Berhad supaya mempertimbangkan usul supaya menjadi salah satu penyedia jalur lebar dalam memberikan saingan kepada penyedia yang lain.

  • Baca juga – The World Bank: Sambungan Jalur Lebar Tetap Malaysia Perlahan Dan Tidak Mampu Milik

Dalam kenyataan yang sama juga, TNB dilihat mampu menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan infrastruktur yang telah tersedia selain bakal memberi manfaat kepada kawasan luar bandar.

Digarap dari The Star Online penyedia-penyedia seperti TM, Time dotCom dan Maxis Bhd turut diseru meluaskan lagi penawaran jalur lebar tetap kerana beliau beranggapan akses internet adalah hak setiap rakyat.

Tambah Gobind lagi, buat masa sekarang terdapat pelbagai masalah dipelbagai tempat dan perkhidmatan.

” Jika tingkatkan tahap kelajuan kepada 30Mbps atau 100Mbps dan mempunyai pakej dibawah RM100 sebulan, ia merupakan permulaan yang baik. Kita sangat memerlukan pakej dibawah RM100 sebulan.” ujar beliau lagi.

Perkhidmatan jalur lebar tetap pada kelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan mampu memacu perkembangan teknologi negara.

Seperkara lagi, persaingan sihat antara penyedia jalur lebar dapat diwujudkan dan ia memberi lebih pilihan kepada pengguna bagi melanggan pelan yang terbaik.

Sumber: The Star Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY