TM Dan Digi Umum Kerjasama Untuk Perluaskan Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi

Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui cabang perniagaan global dan borongnya, TM Wholesale mengumumkan kerjasama dengan Digi untuk menyediakan akses perkhidmatan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada lebih ramai pengguna.

Menerusi kerjasama tersebut, TM akan menyediakan perkhidmatan rangkaian HSBB Layer 3 kepada Digi. Ia membolehkan penyedia perkhidmatan digital itu memperluaskan operasinya ke lebih banyak kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, serta memanfaatkan infrastruktur rangkaian fiber TM yang luas dan kukuh.



Sementara itu,  Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat berkata kerjasama itu akan membolehkan Digi menghubungkan 3 juta isi rumah di seluruh negara dengan perkhidmatan internet fiber. Ia memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menikmati pengalaman kesalinghubungan sepenuhnya di rumah dan di mana-mana sahaja.

Selain itu, memanfaatkan infrastruktur yang sedia ada juga membolehkan penyedia perkhidmatan untuk memfokuskan perkhidmatan di kawasan penting sekaligus dapat merapatkan jurang digital.

Sumber: BERNAMA