Tim Cook Dikatakan Pamer Sokongan Pada Ukraine Secara Halus Dalam Acara Apple

Dalam acara Apple semalam, beberapa peranti telah dilancarkan iaitu warna baharu iPhone 13, cip M1 Ultra, iPhone SE 5G, iPad Air, Apple Studio Display dan Mac Studio. Peranti-peranti telah disenaraikan di laman Apple Malaysia dan akan mula menerima pra tempah minggu hadapan.

Umum mengetahui pergolakan politik antara Rusia dan Ukraine sekarang yang melibatkan pelbagai pihak yang berkongsi simpati. Antara pihak yang menunjukkan sokongan terhadap Ukraine ialah badan liga bola sepak Inggeris iaitu Premier League.



Jadi, dalam acara semalam, Tim Cook didapati memakai baju dengan lengan panjang berwarna biru dengan Apple Watch bertali kuning.

Ramai netizen seluruh dunia beranggapan ini adalah salah satu cara Apple dan Tim Cook menunjukkan solidariti terhadap Ukraine memandangkan semua orang tahu bendera Ukraine terdiri daripada dua warna iaitu biru dan kuning.

Terdahulu, Apple telah menggantung operasi kedai-kedai fizikal mereka di Rusia dan "mengisytiharkan" wilayah semenanjung Krimea di bawah Ukraine.

Baca juga: