Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Dakwa COVID-19 Menyebabkan Otak Manusia Mengecil Bersamaan Tempoh Penuaan Selama 10 Tahun

Saintis Dakwa COVID-19 Menyebabkan Otak Manusia Mengecil Bersamaan Tempoh Penuaan Selama 10 Tahun

Diterbitkan Mac 8, 2022 · Dikemas kini Mac 8, 2022 oleh ariff bukhari

Satu kajian yang dijalankan oleh saintis berkenaan impak virus COVID-19 ke atas otak manusia mendapati kes COVID-19 kategori sederhana sahaja sudah boleh merosakkan otak dan mengganggu keupayaan daya fikir seseorang yang telah dijangkiti dengan virus tersebut.

Saintis mengenal pasti COVID punyai kaitan dengan kerosakan otak beberapa bulan selepas dijangkiti termasuklah kaitannya dengan kegagalan fungsi deria bau dan pengecilan saiz otak pesakit yang bersamaan dengan proses penuaan dalam tempoh 10 tahun.

Kajian itu dijalankan oleh saintis neuro dari Wellcome Centre for Integrative Neuroimaging di University of Oxford dengan melibatkan seramai 785 sukarelawan yang diimbas otak mereka dengan menggunakan mesin MRI sebelum pandemik bermula.

38 Bulan kemudian, daripada 785 sukarelawan itu, 401 darinya disahkan positif COVID-19.

Selepas diimbas semula otak kumpulan sukarelawan yang dijangkiti itu saintis mendapati, berlaku pengecilan saiz otak antara 0.2% hingga 2% berbanding kumpulan sukarelawan yang tidak dijangkiti COVID-19.

Penyelidik menyatakan, hasil data yang diperolehi dari kajian ini sebagai membimbangkan dan perlu lebih banyak kajian dijalankan bagi mengetahui dan memahami impak COVID-19 ke atas otak manusia pada masa hadapan.

Sumber: Bloomberg, University of Oxford

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY