Mac Studio Barisan Baharu Mac Dikuasakan M1 Ultra Mencecah Harga RM16,799

Selepas memperkenalkan cip baharu Apple Silicon M1 Ultra, Apple turut memperkenalkan Mac baharu iaitu Mac Studio dan semestinya Mac ini akan dikuasakan dengan M1 Ultra.

Seperti yang anda tahu, cip M1 Ultra sememangnya cip paling berkuasa daripada Apple menjadi gabungan yang baik dengan saiz kompak Mac studio ini. Produk ini menjadi perantaraan dengan saiz yang lebih kecil berbanding Mac Pro di samping lebih besar daripada Mac Mini.



Mac Studio ini boleh memain semula 18 video dengan resolusi 8K ProRes kerana M1 Ultra ini mempunyai 114 bilion transistor yang mampu menjalankan  22 trillion operarasi per saat. Ia juga mampu menyokong sehingga 5 paparan Apple Studio Display.

Untuk sambungan I/O, Mac Studio mempunyai 4 lubang Thunderbolt 4, HDMI, 2 USB-A dan 1 bicu audio 3.5mm pada bahagian belakang. Pada bahagian hadapan pula terdapat 2 USB-C merangkum Thunderbolt 4 dan slot kad SDXC.

Jika anda rasa M1 Ultra terlalu berkuasa, anda tidak perlu risau kerana Apple turut menawarkan penggunaan cip M1 Max untuk Mac Studio ini.

Harga jualan Mac Studio ini bermula dengan harga RM8,799 untuk varian M1 Max dan RM16,799 pula untuk varian M1 Ultra.

Sumber: Apple

Baca juga: