Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok featured image_CNN

TikTok Uji Muat Naik Video Sehingga 15 Minit

Diterbitkan Oktober 24, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amalina Athman

TikTok kini mengesahkan sedang menguji keupayaan untuk membolehkan pengguna memuat naik video sehingga 15 minit.

Berkaitan

  • Pengguna iOS Kini Boleh Log Masuk TikTok Lebih Mudah, Ini Caranya
  • TikTok Shop Selaraskan Komisen, Bayaran Perkhidmatan Yuran Penghantaran Mulai September
  • TikTok Uji Pelan Langganan Berbayar Tanpa Iklan

Syarikat itu berkata had muat naik baharu itu sedang diuji di negara terpilih dengan kumpulan pengguna yang terhad. Dengan pilihan baharu itu, ia meningkatkan had muat naik video TikTok sedia ada, iaitu daripada 10 minit kepada 15 minit.

Sementara itu, perkongsian tangkap layar oleh Matt Navarra di Threads memperlihat pengguna boleh memuat naik video yang lebih panjang ke platform tersebut, sama ada melalui aplikasi TikTok atau komputer di tiktok.com.

TikTok 15 minit

Mengimbas kembali, TikTok mula meraih populariti kerana menyediakan platform dengan kandungan video pendek. Namun, secara perlahan-lahan ia mula menawarkan keupayaan untuk memuat naik kandungan video lebih panjang, bermula 15 saat kepada 60 saat. Kemudiannya dikembangkan kepada 3 minit, 10 minit, dan kini mula menguji tempoh maksimum video 15 minit.

Dengan perubahan itu kelak, ia mungkin akan memberikan saingan lebih sengit kepada YouTube. Namun, tidak semuanya berminat untuk menonton video yang panjang. Bagi sesetengah pengguna, termasuk saya sendiri, lebih menggemari untuk menonton video yang lebih pendek, tetapi padat dengan info.

Buat masa ini, TikTok tidak menyatakan jika atau bila ia merancang untuk melancarkan perubahan itu kepada semua pengguna.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY