Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Shop_3

TikTok Shop Selaraskan Komisen, Bayaran Perkhidmatan Yuran Penghantaran Mulai September

Diterbitkan Ogos 17, 2023 oleh Amalina Athman

TikTok Shop mengumumkan Bayaran Perkhidmatan Program Yuran Penghantaran (SFP) dan yuran komisen akan diselaraskan mulai 10.00 pagi, 1 September 2023.

Berkaitan

  • Bermula 1 Mac, Peniaga Perlu Bayar 2% Kepada TikTok Shop Sebagai Komisyen
  • TikTok Perkenal Muat Naik Kandungan Berbentuk Teks
  • Acara TikTok Awards Pertama Kali Diadakan Di Malaysia, Pertandingkan 7 Anugerah

Bayaran Perkhidmatan Program Yuran Penghantaran

Ketika ini, penjual perlu membayar 2.65% (termasuk 6% GST) bayaran perkhidmatan. Dengan penyelarasan harga baharu kelak, penjual akan dikenakan kadar bayaran perkhidmatan sebanyak 4.24% (termasuk 6% GST).

TikTok Shop_1

Cas perkhidmatan ini hanya akan dikenakan untuk semua pesanan yang berjaya dihantar.

Yuran Komisen

Selain itu, TikTok Shop turut melaraskan yuran komisen. Pada Mac lalu, TikTok Shop telah mengenakan yuran komisen sebanyak 2% (tidak termasuk DST) kepada semua peniaga.

Bagi pesanan yang berjaya dibuat mulai 10.00 pagi, 1 September 2023, kadar yuran komisen akan diselaraskan mengikut kategori produk seperti di bawah.

TikTok Shop_2

Perlu diketahui, yuran komisen mengikut kategori produk dalam jadual di atas tidak termasuk DST 6%.

Sementara itu, untuk semua pesanan yang dibuat dari Shopping Center, penjual akan menikmati 0% Yuran Komisen Pasaran, bermula 11 Ogos 2023 sehingga notis selanjutnya.

Maklumat lanjut mengenainya boleh dirujuk melalui laman web TikTok Shop.

Sumber: TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY