Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok featured image_CNN

TikTok Dijangka Akan Perkenal Pesaing Instagram – TikTok Photos

Diterbitkan Mac 12, 2024 · Dikemas kini Mac 12, 2024 oleh Amalina Athman

TikTok kini menguasai platform kandungan video pendek, sehingga membuatkan platform lain seperti Instagram dan YouTube ‘menyalin’ popularitinya melalui Reels dan Shorts.

Terbaharu, TikTok dilaporkan bakal menyaingi Instagram dengan melancarkan aplikasi perkongsian foto berasingan yang dipanggil TikTok Photos tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • TikTok Nak Jadi YouTube Dengan Tambah Durasi Video Selama 30 Minit
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Menurut TheSpAndroid, kod yang ditemui dalam versi terbaharu aplikasi TikTok – versi 33.8.4 (com.zhiliaoapp.musically) mendedahkan rujukan kepada “TikTok Photos”.

TikTok Photos_1

Rujukan itu termasuk string seperti “Open TikTok Photos” dan “Share this post to TikTok Photos”. Selain itu, terdapat beberapa lagi teks yang jelas menyatakan tentang pelancaran platform baharu berkenaan.

TikTok Photos will be launched soon, we hope to help you gain new audiences in the new app \n\n If the switch is on, we’ll sync your public photos to the new app, whether you close the pop-up or not.

Sebagai tambahan, kod tersebut turut mendedahkan beberapa variasi ikon untuk “TikTok Photos” – mencerminkan skema warna yang sama seperti aplikasi TikTok.

TikTok Photos_2

Walaupun pengguna sudah mempunyai pilihan untuk berkongsi berbilang foto dalam bentuk slaid di aplikasi TikTok, nampaknya syarikat itu menyasarkan untuk menawarkan aplikasi foto secara berasingan.

Namun begitu, buat masa ini belum ada maklumat mengenai bila aplikasi ini akan dilancarkan selain kod yang mengatakan ia akan “dilancarkan tidak lama lagi.”

Sumber: TheSpAndroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY