Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Nafi Dakwaan Insiden Pencerobohan Data

TikTok Nafi Dakwaan Insiden Pencerobohan Data

Diterbitkan September 6, 2022 oleh Amalina Athman

TikTok kini menafikan laporan yang menyatakan berlaku pencerobohan siber, selepas sekumpulan penggodam memuat naik imej yang didakwa adalah pangkalan data platform itu.

Memetik laporan Bleeping Computer, penggodam telah berkongsi imej pangkalan data melalui forum penggodaman, di mana mereka menyatakan data itu diperoleh pada pelayan (server) yang digunakan oleh TikTok. Melalui pelayan tersebut, ia mendakwa terdapat kira-kira 2.05 bilion rekod dalam pangkalan data bersaiz 790GB yang mengandungi data pengguna, statistik platform, kod perisian, token pengesahan dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Cara Lihat Kembali Sejarah Tontonan Di TikTok
  • TikTok Didakwa Boleh Pantau Apa Sahaja Yang Ditaip Dalam Pelayar Aplikasi
  • TikTok Akan Dekatkan Pengguna Dengan Apa Terjadi Sekitar Mereka Dengan Tab 'Nearby'

Bagaimanapun, wakil TikTok memaklumkan dakwaan syarikat itu digodam adalah palsu. Tambahnya, data yang dikongsi di forum itu bukanlah sebahagian daripada platform TikTok. Dinyatakan juga, pengguna tidak perlu mengambil sebarang langkah proaktif, di mana syarikat itu tetap komited terhadap keselamatan komuniti global.

Selain TikTok, kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai “AgainstTheWest” turut mendakwa telah memperoleh data daripada aplikasi pemesejan WeChat. Namun, buat masa ini, tiada maklum balas daripada WeChat mengenai perkara berkenaan.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY