Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Microsoft Sahkan Berminat Ambil Alih TikTok Di Amerika Syarikat

Posted on Ogos 3, 2020

Microsoft kini telah mengesahkan syarikat itu dalam perbincangan untuk mengambil alih aplikasi daripada ByteDance iaitu TikTok. Langkah itu adalah susulan daripada TikTok yang berhadapan tekanan politik dan kemungkinan untuk diharamkan di Amerika Syarikat.

Menurut Microsoft, perbincangan bersama ByteDance mengenai pengambilalihan ini akan diteruskan dalam beberapa minggu dan dijangka akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 15 September 2020. Jika persetujuan berjaya dicapai, Microsoft akan mengambil alih TikTok di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, dan New Zealand.

microsoft tiktok

Syarikat itu menyatakan struktur baru ini dijangka akan menambah sistem keselamatan, privasi dan perlindungan keselamatan digital sedia ada. Model operasi untuk perkhidmatan ini akan dibina untuk memastikan ketelusan kepada pengguna serta pengawasan keselamatan yang sesuai oleh pemerintah di negara-negara tersebut.

Microsoft turut mengatakan data pengguna akan dipastikan terjamin dan terus kekal disimpan di Amerika Syarikat.

Buat masa sekarang, perbincangan ini masih di peringkat awal dan tiada jaminan bahawa transaksi yang melibatkan Microsoft akan dilanjutkan.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress