Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Bytedance China AS_USA Today

TikTok Fail Saman Terhadap Kerajaan Amerika

Diterbitkan Mei 9, 2024 ยท Dikemas kini Mei 9, 2024 oleh Amalina Athman

TikTok dan syarikat induknya, ByteDance memfailkan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS) berhubung undang-undang baharu yang akan memaksa platform itu dijual kepada syarikat bukan China atau sebaliknya diharamkan di AS.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Lagu Di Bawah Universal Music Group Kembali Tersedia Di TikTok

Dalam pemfailan di Mahkamah Persekutuan AS, ByteDance berkata Kongres itu telah mengambil langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan mengharamkan TikTok dan menyebut tindakan itu “jelas tidak mengikut perlembagaan”.

Congress has taken the unprecedented step of expressly singling out and banning TikTok: a vibrant online forum for protected speech and expression used by 170 million Americans to create, share, and view videos over the Internet. For the first time in history, Congress has enacted a law that subjects a single, named speech platform to a permanent, nationwide ban, and bars every American from participating in a unique online community with more than 1 billion people worldwide.

ByteDance juga mendakwa bahawa adalah mustahil dari segi teknologi untuk memberikan kod sumber TikTok kepada pemilik baharu kerana jurutera baharu akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadi cukup biasa dengan kod tersebut bagi melaksanakan penyelenggaraan rutin. Tambahan lagi, kod tersebut perlu direka bentuk semula untuk tidak menggunakan alatan perisian ByteDance, yang tidak boleh dilakukan dalam tempoh 270 hari.

Walaupun terdapat beberapa syarikat AS yang mampu membeli TikTok, namun gergasi teknologi berkenaan mungkin dihalang berbuat demikian kerana kebimbangan anti persaingan.

Ketika ini, ByteDance meminta mahkamah mengeluarkan penghakiman pengisytiharan bahawa perbuatan itu melanggar Perlembagaan AS, menghalang Peguam Negara AS daripada menguatkuasakannya.

Sumber: TikTok, via MacRumors

Gambar utama: USA Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY