Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

TikTok Diharamkan Beroperasi Di Dalam Kanada, Pengguna Diminta Berhati-Hati

Posted on November 7, 2024

Kanada telah bertindak mengharamkan operasi TikTok di negara itu selepas wujud kebimbangan keselamatan ke atas negara itu.

Menurut Menteri Inovasi Kanada, Francois-Philippe Champagne, TikTok perlu menutup pejabatnya di Toronto dan Vancouver, namun rakyat Kanada masih dibenarkan menggunakan aplikasi tersebut dengan amaran supaya berhati-hati mengenai keselamatan siber.

Keputusan ini diambil selepas tinjauan keselamatan yang ketat dengan nasihat daripada komuniti keselamatan Kanada dan pihak perisikan.

Perkhidmatan Perisikan Keselamatan Kanada (CSIS) turut memberi amaran mengenai risiko aplikasi tersebut.

Di AS, TikTok menghadapi kemungkinan penutupan penuh pada Januari 2025 jika ByteDance tidak menjual operasi ASnya, ekoran dakwaan data pengguna TikTok boleh dipaksa oleh kerajaan China untuk menyerahkan data mengenai rakyat Amerika yang diperoleh melalui penggunanya.

{suggest}

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress