Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Laporan Baharu Berhubung Penjualan Semula PerantiSiswa – Annuar

Tiada Laporan Baharu Berhubung Penjualan Semula PerantiSiswa – Annuar

Diterbitkan November 8, 2022 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini memaklumkan tiada laporan baharu yang diterima berhubung penjualan semula peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia, setakat ini.

Daripada 300,000 peranti yang ada, hanya 14 kes yang diterima membabitkan penjualan peranti itu, yang mana sebilangan kecil daripada mereka telah membatalkan niat untuk berbuat demikian setelah diberikan nasihat.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pemantauan akan terus dilakukan kepada pelajar yang telah menerima peranti di bawah program itu.

Berkaitan

  • PerantiSiswa Akan Diedarkan Bermula 3 September, Ini Antara Yang Bakal Diterima
  • Tidak Perlu Pulang Balik, Tablet Diberi Terus Kepada Penerima PerantiSiswa - PM
  • PerantiSiswa Dijual Semula, Ada Yang Kata Sebab Dah Ada iPad
  • K-KOMM Terima 14 Kes Berkaitan Jual PerantiSiswa, Beberapa Peranti Terlibat Telah Disekat

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa peranti berkenaan bermasalah, Annuar berkata sehingga kini tiada laporan sedemikian yang diterima. Malah, beliau menyatakan bekalan peranti terbaharu itu adalah yang terbaik di pasaran serta berkualiti.

Gambar utama: Tan Sri Annuar Musa

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY