Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy tab

PerantiSiswa Dijual Semula, Ada Yang Kata Sebab Dah Ada iPad

Diterbitkan Oktober 24, 2022 · Dikemas kini Oktober 24, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tular hari ini apabila didakwa ada segelintir pelajar yang menerima tablet Samsung Tab A8 melalui PerantiSiswa bertindak menjualnya di plaform atas talian seperti Carousell.

Antara alasan disertakan dalam penerangan di ruang tersedia adalah kerana dia tidak pun memerlukan tablet itu, mahu naik taraf ke iPad dan sedia mempunyai iPad.

PerantiSiswa Dijual Semula, Ada Yang Kata Sebab Dah Ada iPad

Terdahulu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengagihkan PerantiSiswa sebagai salah satu usaha membantu para pelajar daripada golongan B40.

PerantiSiswa Dijual Semula, Ada Yang Kata Sebab Dah Ada iPad

Model Samsung Tab A8 yang berkapasiti 4GB RAM dan 64GB storan itu hadir bersama stylus dan papan kekunci, dan pelindung (book cover) sesuai dengan matlamat kerajaan untuk memudahkan pembelajaran anak-anak di IPT, kolej matrikulasi, IPG.

PerantiSiswa Dijual Semula, Ada Yang Kata Sebab Dah Ada iPad
Di Malaysia, varian storan 64GB tidak dijual secara rasmi oleh Samsung kerana mereka hanya memasarkan 128GB untuk pasaran tempatan.

Berkaitan

  • Menteri Kata Bukan 'Cap Ayam', Ini Spesifikasi Minimum PerantiSiswa Yang Ditetapkan Kerajaan
  • Lebih 72,000 Pelajar B40 Telah Memohon Tablet PerantiSiswa
  • Edaran PerantiSiswa Bermula Ogos, Fasa Kedua Libatkan Pelajar IPG Dan Kolej Matrikulasi
  • 60% Permohonan Fasa 1 PerantiSiswa Telah Diluluskan, Permohonan Fasa 2 Masih Dibuka
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Justeru, jika anda ada terjumpa mana-mana individu menjual Tab A8 dengan spesifikasi 64GB, besar kemungkinan ia merupakan PerantiSiswa ataupun model import.

PerantiSiswa Dijual Semula, Ada Yang Kata Sebab Dah Ada iPad

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Twitter memohon agar para penerima tidak menjual peranti yang diberi kerajaan secara percuma kerana masih ramai yang memerlukanna.

Ini menjadi tanda tanya, bagaimana pelajar yang berkemampuan layak menerimanya?

Bahkan mengapa memohon jika dari awal mempunyai kelengkapan yang mencukupi?

PerantiSiswa Dijual Semula, Ada Yang Kata Sebab Dah Ada iPad

Ada yang mendakwa ini kerana pelajar tersebut tidak berlaku jujur semasa mengisi maklumat dengan meletakkan pendapatan keluarga di bawah takat tertentu demi kepentingan peribadi.

Secara peribadi, saya terfikir jika niat kerajaan sebelum ini untuk menjadikan PerantiSiswa sebagai skim pinjaman adalah langkah lebih baik demi membanteras isu salah guna seperti yang tular ini.

Jika anda di pihak pemberi, apakah tindakan anda untuk menangani isu korupsi seperti ini?

Sumber: Syed Saddiq, Khairul Azri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY