Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jual peranti siswa

K-KOMM Terima 14 Kes Berkaitan Jual PerantiSiswa, Beberapa Peranti Terlibat Telah Disekat

Diterbitkan Oktober 25, 2022 · Dikemas kini Oktober 26, 2022 oleh Amalina Athman

Tular di media sosial baru-baru ini apabila segelintir pelajar yang menerima tablet Samsung Tab A8 melalui PerantiSiswa telah menjualnya kembali di platform dalam talian seperti Carousell dan sebagainya.

Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa memaklumkan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah menerima 14 kes berkaitan jualan PerantiSiswa.

Daripada 14 kes yang diterima, beberapa peranti terlibat telah disekat penggunaannya serta siasatan lanjut akan terus dilakukan kepada kes-kes lain yang terlibat menjual peranti tersebut.

Berkaitan

  • PerantiSiswa Akan Diedarkan Bermula 3 September, Ini Antara Yang Bakal Diterima
  • Tidak Perlu Pulang Balik, Tablet Diberi Terus Kepada Penerima PerantiSiswa - PM
  • PerantiSiswa Dijual Semula, Ada Yang Kata Sebab Dah Ada iPad

Dinyatakan, peranti yang ditempah mempunyai aplikasi tertentu secara terbina (built-in), termasuk dilengkapi tracking system. Pelajar yang menerima PerantiSiswa juga telah membuat perjanjian, yang mana apabila menjual peranti itu bermakna mereka telah melanggar perjanjian yang dilakukan.

Selain itu, Annuar memaklumkan dalam terma bekalan kepada pembekal PerantiSiswa, ia mempunyai terma keupayaan ‘buy back’. Jika didapati pelajar menjual, pihaknya akan mempertimbangkan satu tindakan di mana peranti tersebut akan dibeli semula (buy back) secara rasmi atau tidak.

Setelah memperolehinya, pihak K-KOMM mempunyai keupayaan untuk menjejak pemilik yang menjual peranti dan mengenakan tindakan tertentu, termasuk memaparkan nama-nama penjual secara terbuka kepada pengetahuan umum sama ada di portal PerantiSiswa atau memaklumkan kepada pihak universiti yang berkenaan.

Sebagai tambahan, Annuar menyatakan tindakan menjual dan melanggar perjanjian PerantiSiswa adalah tidak beretika.

Dalam pada itu, kerajaan akan mengkaji semula ‘buy back policy’, di mana pelajar-pelajar yang ingin menjual peranti dalam tempoh tertentu mungkin boleh menggunakan program ini pada masa akan datang, berbanding menjual dengan harga murah di platform tertentu.

Sumber: Annuar Musa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY