Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tidak Perlu Pulang Balik, Tablet Diberi Terus Kepada Penerima PerantiSiswa – PM

Tidak Perlu Pulang Balik, Tablet Diberi Terus Kepada Penerima PerantiSiswa – PM

Diterbitkan September 3, 2022 · Dikemas kini September 3, 2022 oleh Amalina Athman

Pada hari ini, telah berlangsung majlis pelancaran inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Melalui majlis pelancaran yang diadakan, kerajaan kini mengumumkan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia tidak perlu memulangkan peranti itu apabila tamat pengajian kelak.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat susulan maklum balas dalam sesi pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 15 Ogos yang lalu.

Berkaitan

  • Menteri Kata Bukan 'Cap Ayam', Ini Spesifikasi Minimum PerantiSiswa Yang Ditetapkan Kerajaan
  • PerantiSiswa: Galaxy Tab A8 Jadi Pilihan, Tambah 4 Kategori Layak Mohon
  • PerantiSiswa Akan Diedarkan Bermula 3 September, Ini Antara Yang Bakal Diterima

Mengimbas kembali, kerajaan sebelum ini telah menetapkan inisiatif PerantiSiswa itu diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP), yang menyaksikan mahasiswa perlu menyerahkan semula peranti selepas tamat pengajian.

Dengan pengumuman terbaharu ini, kerajaan akan memberikan terus tablet berkenaan kepada penerima PerantiSiswa, tanpa perlu pinjam atau memulangkan kembali selepas tamat pengajian.

Sumber: Tan Sri Annuar Musa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY