Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion_a

Tiada Lagi Telefon ‘Gaming’ Legion, Lenovo Sahkan Pengeluaran Dihentikan

Diterbitkan Mac 29, 2023 ยท Dikemas kini Mac 29, 2023 oleh Amalina Athman

Lenovo kini mengesahkan segmen peranti mudah alih gaming, Legion telah berakhir, yang bermakna pengeluarannya akan dihentikan.

Berkaitan

  • Lenovo Perkenalkan ThinkPhone By Motorola Sebagai Ahli Keluarga Baharu ThinkPad
  • (Ulasan) Lenovo Yoga 9i - Komputer Riba Fleksibel Berprestasi Dan Premium, Tapi Masih Mampu Milik

Memetik sumber yang memberitahu Android Authority, keputusan tersebut tidak menjejaskan portfolio gaming yang lain. Sebaliknya, penamatan pengeluaran telefon Legion adalah sebahagian daripada tranformasi perniagaan yang lebih luas serta penggabungan portfolio gaming. Jelasnya,

As a leader in gaming devices and solutions, Lenovo is committed to advancing the gaming category across form factors, as well as focusing on where it can bring the most value to the global gaming community.

Dengan Lenovo yang tidak lagi meneruskan pengeluaran Legion, masa depan segmen peranti mudah alih gaming kelihatan semakin samar. Baru-baru ini, Xiaomi juga bergelut dengan peranti Black Shark, sehingga memberhentikan ratusan pekerja.

Walaupun begitu, beberapa jenama lain kelihatan masih bertahan. Sebagai contoh, ASUS masih kukuh dengan siri ROG Phone. Syarikat itu juga telah menjadualkan pelancaran ROG Phone 7 pada 13 April depan.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY