Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Global ROG Phone 7 Sah Akan Berlangsung Bulan Depan

Pelancaran Global ROG Phone 7 Sah Akan Berlangsung Bulan Depan

Diterbitkan Mac 23, 2023 ยท Dikemas kini Mac 23, 2023 oleh Amalina Athman

ASUS kini mengesahkan tarikh pelancaran global peranti mudah alih gaming, ROG Phone 7. Menurut syarikat itu, ROG Phone 7 akan diperkenalkan pada 13 April 2023.

Stay tuned for the new legend. ROG Phone 7 is coming on April 13, 8AM EDT.

Watch it live ๐Ÿ‘‰ https://t.co/CGZtFnsTOF#ROGPhone7#ForThoseWhoDare pic.twitter.com/iNbTUSD5cz

— ROG Global (@ASUS_ROG) March 23, 2023

Terdahulu, Geekbench telah menyenaraikan ASUS ROG Phone 7 dalam pangkalan datanya. Penyenaraian itu sekali gus mendedahkan ROG Phone 7 akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2.

Peranti ini dijangka menggunakan RAM LPDDR5X serta storan yang berasaskan UFS 4.0.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ExpertBook B9 - ASUS Perlu Usaha Lagi Tawar Komputer Riba Harga Mampu Milik
  • Data ROG Phone 7D Didakwa Tertiris Di Geekbench

Sementara itu, penyenaraian di TENAA mendedahkan ROG Phone 7 diisi dengan bateri berkapasiti 5,850mAh. Namun, ia mungkin dipasarkan dengan 6,000mAh, iaitu sama seperti pendahulunya ROG Phone 6.

Antara lainnya, ia dijangka hadir dengan paparan 6.8-inci AMOLED bersama resolusi FHD+ dan 165Hz kadar segar semula.

Sehingga itu, nantikan maklumat lanjut daripada ASUS menjelang pelancarannya kelak.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY