Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lenovo thinkphone

Lenovo Perkenalkan ThinkPhone By Motorola Sebagai Ahli Keluarga Baharu ThinkPad

Diterbitkan Januari 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas terkenal dengan barisan kompuer riba ThinkPad, kini Lenovo memperkenal pula telefon sulung dalam siri yang dinamakannya ThinkPhone.

Lenovo ThinkPhone by Motorola ini belum dilancarkan lagi namun sudah diperkenal secara rasmi bersempena acara CES 2023 dan ulang tahun ke-30 Lenovo.

2022 ThinkPhone Advanced Pack display 2

Telefon ini dikuasakan Snapdragon 8+ Gen 1, mempunyai RAM 8GB dan 12GB, ROM daripada 128GB hingga 512GB serta bateri berkapasiti 5000mAh.

Ia boleh dicas dengan kelajuan maksimum 68W berwayar dan 15W tanpa wayar.

Bagi rakaman dan penggambaran, ThinkPhone dilengkapi kamera 50MP OIS utama, 13MP sudut lebar dan 2MP makro. Lensa 32MP pula diletakkan sebagai kamera swafoto.

2022 ThinkPhone BasicPack Carbon Black Pdp Hero

Selain itu, ia menggunakan paparan OLED bersaiz 6.6″ FHD+ dengan kadar segar 144Hz dan sokongan HDR10+. Corning Gorilla Glass Victus menjadi perlindungan skrin.

Untuk sambungan, pengguna boleh menggunakan rangkaian 5G dan Wi-Fi 6E.

Keluar dari kotak, ia sudah terpasang dengan aplikasi Microsoft seperti 365, Outlook dan Teams.

2022 ThinkPhone BasicPack Carbon Black Dyn Frontside

Lenovo menumpukannya sebagai peranti mesra perniagaan yang tinggi tahap keselamatannya bersama mutu dan ketahanan setanding kualiti dibawakan ThinkPad selama ini.

2022 ThinkPhone BasicPack Carbon Black Dyn Backside

Ia juga bersedia diguna dan disuaikan dengan komputer riba ThinkPad melalui ciri dinamakan Motorola Ready For dan Think 2 Think yang membolehkan perkongsian fail, notifikasi, sambungan antara ThinkPad dan ThinkPhone, pembukaan aplikasi Android di laptop dan lain-lain disegerakkan dengan lancar dan mudah.

think 2 think (2)

Ia adalah gabungan inovasi Motorola dalam arena telefon pintar dan pengalaman Lenovo menawarkan penyelesaian keselamatan, menurut syarikat.

Antara ciri keselamatan yang dibawakan ialah:

  • ThinkShield – polisi keselamatan, ciri, perkakasan khas, perisian, proses yang pastikan keselamatan peranti
  • Moto Threat Defense – penyelesaian keselamatan berdasarkan AI premium dan perkakasan canggih
  • Moto Device Manager, Moto OEMConfig- pentadbir IT boleh mengawal telefon dari jauh
  • Moto Key Safe – pemproses berasingan yang asingkan kata laluan, PIN dan lain-lain dengan menyimpannya di tempat yang selamat

think 2 think (1)

Ia akan dijual secara global dan dijangka dilancarkan 23 Januari ini. Namun tarikh dan harga jualannya di Malaysia belum disahkan.

Sumber: Lenovo

Berkaitan

  • Motorola Dedah Harga Rasmi Moto Razr 2022 Sebelum Pelancaran
  • Motorola X30 Pro Kini Rasmi, Telefon Pertama Dengan Sensor Kamera 200MP
  • Senarai Ciri Terbaharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Diterima
  • (Ulasan) OPPO Find N2 - Sayang Seribu Kali Sayang, Lipatanmu Kekal Terbayang
  • Motorola ThinkPhone Dipercayai Akan Hadir Di CES 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY